Friday 11 March 2011

9 TiPs mEngHilangKan J.E.R.A.W.A.T...


 arrrgh.... menci2.. x suke!! x suke!! mesti perkataan nih yg terkeluar dr mulut kowang kn biler tetibe jerawat tumbuh kt muke kowang.. pastu mesti segan nk kua...lebih2 lg kalo nk dating kn... jom tgk tips nk hilangkan jerawat...




1. Mencuci muka 2 kali sehari



Mencuci muka 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteria penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. tapi ingat..jangan mencuci muka dan menggosok muka secara berlebihan sebab boleh meningkatkan penghasilan minyak sobaceous yang boleh menyebabkan masalah kulit pada muka. Cucilah muka 2 kali sehari dengan menggunakan sabun yang lembut.
2. Sesuaikan kosmetik dengan jenis kulit anda

Jika kulit anda berminyak maka gunakanlah kosmetik untuk kulit berminyak, jika kosmetik yang anda gunakan tidak sesuai dengan jenis kulit anda jerawat akan segera tumbuh kat kulit wajah anda. Jadi berhati-hatilah dalam memilih kosmetik.

3. kalau boleh elakkan kosmetik yang berminyak.
secara semulajadi muka kita akan menghasilkan minyak, termasuklah kulit kering. Jadi kalau boleh elakkan menggunakan kosmetik yang berlebihan sebab minyak dan debu akan menjadi medium bakteria penyebab jerawat untuk tumbuh kat muka kita.

4. Keringkan wajah kita dengan tuala yang bersih setelah cuci muka atau mandi

 sebab bakteria suka kat tempat yang lembab dan panas.

5. Minum air putih

Hampir 70% kulit kita terdiri dari air, dengan minum air minimal 2 liter sehari, maka kulit kita akan selalu fit dan sehat.

6. gunakan pelembab kulit

Menggunakan pelembab akan membantu menyehatkan kulit kita, terutama dari kulit kering dan pecah2. Namun pelembab disini bukan bermaksud pelembab yang berminyak..sekarang sudah banyak produk kosmetik yang berbahan dasar air.
7. selalu pastikan kulit anda bersih sebelum tidur.
Selalu cuci muka anda sebelum tidur agar kulit beregenerasi dengan baik.

8. makan sayur dan buah.

sayur2an mengandung banyak vitamin yang menyehatkan kulit kita. Perbanyaklah makan sayur atau buah, terutama yang mengandung vitamin E. Dengan kulit yang sehat, maka jerawat akan sukar untuk tumbuh dan berkembang.

9. Tidur yang cukup dan teratur.

Kulit juga sama seperti kita, perlukan waktu rehat. Jadi biasakanlah untuk tidur yang cukup dan teratur. sebab semasa kita tidur, kulit akan beregenerasi dan membuang racun2 yang berbahaya sampai kita bangun keesokan harinya kulit kita akan kembali segar.

selamat mencuba...

No comments: