Sunday 15 January 2012

Beza Hari Keputeraan Sultan Kedah dan Yang Dipertuan Agong

Hari ini, 15 Januari 2012 merupakan Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Walaubagaimanapun, ada yang keliru dan menganggap hari ini juga merupakan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong. Sebenarnya, walaupun Sultan Kedah memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong sekarang, sambutan Hari Keputeraannya tidak sama.


Tarikh rasmi Hari Keputeraan YDP Agong


Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong secara rasminya di sambut sebagai cuti umum seluruh negara pada setiap hari Sabtu pertama pada bulan Jun, tidak mengambilkira tarikh hari keputeraan sebenar mana-mana Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri yang sedang memegang jawatan Yang Di Pertuan Agong.


Bagi tahun 2012 ini, hari Sabtu pertama bagi bulan Jun adalah pada tarikh 2 Jun 2012 manakala tarikh Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2013 ialah 1 Jun, 7 Jun bagi tahun 2014 dan 6 Jun bagi tahun 2015.


Hari Keputeraan Sultan Kedah


Sultan Kedah iaitu Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah sebenarnya dilahirkan pada 28 November 1927. Manakala sambutan Hari Keputeraan Baginda pada tahun ini jatuh pada 15 Januari 2012. Disambut pada setiap hari Ahad minggu ketiga bulan Januari. Walaubagaimanapun, tarikh sambutan tersebut boleh dipinda kerana sebelum ini pernah juga disambut pada bulan lain.


*rujukan : wikipedia , carigold





1 comment:

ayanuts said...

nfo yg berguna :)